Hamdin Abdollah

Datuk Wira Haji Hamdin bin Abdollah (1947 – 22 April 2020) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia.Pada 22 April 2020, beliau telah meninggal dunia pada kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan di Hospital Melaka setelah menghidapi penyakit jantung, paru-paru dan buah pinggang. Jenazah beliau dibawa ke rumah kediamannya di Seri Bayu, Alor Gajah sebelum dikebumikan pada malam hari yang sama. Beliau meninggalkan isterinya iaitu Datin Wira Noraini Saleh, tiga orang anak dan sepuluh orang cucu.[1][2][3]

Hamdin Abdollah

Lahir 1947
Pasangan Datin Wira Noraini Saleh
Parti politik UMNO
Anak-anak 3
Meninggal dunia 22 April 2020 (umur 73)
Hospital Melaka, Melaka